DISKUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA : KONFLIK DAN PENYELESAIAN

NILAI    – 17 Disember 2014,  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah menganjurkan sebuah diskusi yang bertajuk “Diskusi Pengurusan Harta Pusaka : Konflik & Penyelesaian”. Diskusi yang berlangsung selama setengah hari dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Syariah Dan Undang-undang, Aras 1, Bangunan FSU. Penceramah bagi Diskusi  ini ialah penceramah jemputan khas dariAhli Panel Maklumat, Amanah Raya Malaysia. Sasaran peserta diskusi adalah terbuka dan terdiri daripada kakitangan USIM Pentadbiran dan Akademik.

Siri diskusi ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada seluruh kakitangan USIM (kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik)  berkenaan pengurusan harta pusaka serta konflik dan penyelesaian kepada isu tersebut. Antara objektif diskusi ini adalah memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pengurusan harta pusaka mengikut keadah yang betul dan memberi pendedahan tentang konflik dan permasalahan berkaitan harta pusaka yang berlaku di dalam masyarakat dan langkah mengatasinya serta mencadangkan langkah-langkah berkesan untuk mengatasi konflik harta pusaka di dalam masyarakat.

 Diskusi ini juga telah diubah sedikit untuk memastikan ilmu dan pengetahuan disebarkan secara meluas kepada seluruh staf USIM dan tidak terikat hanya kepada staf akademik seperti mana yang telah berlaku di dalam Siri-siri Diskusi IFWMI sebelum ini

 

 

Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6442 / 6307  Faks: +606-798 6441