SEMINAR : KESAN GST KEPADA PENGGUNA

 NILAI    – 18 Disember 2014,  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Kesan GST Kepada Pengguna. Seminar yang berlangsung selama setengah hari dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah diadakan di Bilik Persidangan FEM, Aras 5, Bangunan FEM. Penceramah bagi Diskusi  ini ialah penceramah jemputan khas iaitu Tuan Jaafar B. Mohd Sharif, Penolong Kanan Pengarah Kastam dari Kastam Diraja Malaysia . Sasaran peserta seminar ini  adalah terbuka dan terdiri daripada kakitangan USIM Pentadbiran dan Akademik.

Oleh kerana GST ini dianggap perkara baru di Malaysia, maka kempen kesedaran GST seharusnya dilaksanakan kepada orang ramai supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar dan memahami fungsi dan memahami fungsi serta pelaksanaan GST. Oleh yang demikian dengan penganjuran seminar ini dapat memastikan ilmu dan pendedahan berkaitan GST dan implikasinya dapat disebarkan secara meluas kepada seluruh staf USIM yang juga pengguna barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST. Ini juga merupakan penerangan GST yang pertama kali dilaksanakan di USIM.

Antara objektf seminar ini ialah untuk menarik perhatian seluruh staf usim untuk mendapatkan penerangan dan pencerahan mengenai GST dan dapat memberi pendedahan dan aplikasi mengenai GST.

 

Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6442 / 6307  Faks: +606-798 6441