SEMINAR : KESAN GST KEPADA PENGGUNA

 NILAI    – 18 Disember 2014,  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Kesan GST Kepada Pengguna. Seminar yang berlangsung selama setengah hari dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah diadakan di Bilik Persidangan FEM, Aras 5, Bangunan FEM. Penceramah bagi Diskusi  ini ialah penceramah jemputan khas iaitu Tuan Jaafar B. Mohd Sharif, Penolong Kanan Pengarah Kastam dari Kastam Diraja Malaysia . Sasaran peserta seminar ini  adalah terbuka dan terdiri daripada kakitangan USIM Pentadbiran dan Akademik.

Oleh kerana GST ini dianggap perkara baru di Malaysia, maka kempen kesedaran GST seharusnya dilaksanakan kepada orang ramai supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar dan memahami fungsi dan memahami fungsi serta pelaksanaan GST. Oleh yang demikian dengan penganjuran seminar ini dapat memastikan ilmu dan pendedahan berkaitan GST dan implikasinya dapat disebarkan secara meluas kepada seluruh staf USIM yang juga pengguna barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST. Ini juga merupakan penerangan GST yang pertama kali dilaksanakan di USIM.

Antara objektf seminar ini ialah untuk menarik perhatian seluruh staf usim untuk mendapatkan penerangan dan pencerahan mengenai GST dan dapat memberi pendedahan dan aplikasi mengenai GST.

DISKUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA : KONFLIK DAN PENYELESAIAN

NILAI    – 17 Disember 2014,  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah menganjurkan sebuah diskusi yang bertajuk “Diskusi Pengurusan Harta Pusaka : Konflik & Penyelesaian”. Diskusi yang berlangsung selama setengah hari dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Syariah Dan Undang-undang, Aras 1, Bangunan FSU. Penceramah bagi Diskusi  ini ialah penceramah jemputan khas dariAhli Panel Maklumat, Amanah Raya Malaysia. Sasaran peserta diskusi adalah terbuka dan terdiri daripada kakitangan USIM Pentadbiran dan Akademik.

Siri diskusi ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada seluruh kakitangan USIM (kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik)  berkenaan pengurusan harta pusaka serta konflik dan penyelesaian kepada isu tersebut. Antara objektif diskusi ini adalah memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pengurusan harta pusaka mengikut keadah yang betul dan memberi pendedahan tentang konflik dan permasalahan berkaitan harta pusaka yang berlaku di dalam masyarakat dan langkah mengatasinya serta mencadangkan langkah-langkah berkesan untuk mengatasi konflik harta pusaka di dalam masyarakat.

 Diskusi ini juga telah diubah sedikit untuk memastikan ilmu dan pengetahuan disebarkan secara meluas kepada seluruh staf USIM dan tidak terikat hanya kepada staf akademik seperti mana yang telah berlaku di dalam Siri-siri Diskusi IFWMI sebelum ini

 

SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA MEPS

NILAI    – 21 Jun 2013.  Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) sekali lagi menjadi pilihan industri kewangan bagi mengadakan sesi perkongsian ilmu apabila menerima kunjungan Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd( MEPS) 21 Jun yang lalu.

Jalinan hubungan antara IFWMI dan MEPS ini boleh dikatakan sebagai satu pemangkin dalam mengukuhkan hubungan industri di antara IFWMI dengan institusi luar, lebih-lebih lagi dengan reputasi MEPS sebagai penyedia rangkaian perkhidmatan antara bank yang terlibat dalam aktiviti pembangunan serta kewangan domestik, Islamik dan bank-bank  antarabangsa .

Dalam pada itu, perkongsian ilmu ini juga antara lain turut membincangkan peranan dan khidmat MEPS, pelaksanaan pematuhan syariah  dalam organisasi, juga cabaran dan penyenggaraan bagi pelaksanaannya, disamping membincangkan proses audit syariah dan perkongsian nilai-nilai syariah untuk golongan bukan Islam.

BENGKEL KUMPULAN FOKUS LATIHAN PENDIDIKAN KEWANGAN

 

 

 

NILAI    – 13 Jun 2013.  Selari dengan misi bagi menyediakan kepakaran dalam muamalat dan pengurusan kewangan Islam satu Bengkel Kumpulan Fokus Mengenai Latihan Pendidikan Kewangan di tempat kerja telah di adakan bertempat di Bilik Springs 2,  Nilai Springs Golf Resort. Bengkel ini bertujuan untuk membuat perkongsian ilmu serta membentangkan input atau pengalaman bidang penyedia latihan dalam menyediakan pendidikan kewangan di tempat kerja. Selain itu, ia  turut membincangkan analisis keperluan latihan (Traning Need Analysis) dari perspektif majikan berdasarkan skop perancangan kewangan peribadi berlandaskan Syariah. 

Bengkel satu hari ini diadakan sebagai satu usaha menggalakkan perkongsian ilmu serta membentangkan input atau pengalaman bidang para pengamal kewangan dalam menyediakan pendidikan kewangan di tempat kerja. Turut dibincangkan,analisis keperluan latihan (Training Need Analysis) dari perspektif majikan berdasarkan skop perancangan kewangan peribadi yang berlandaskan Syariah yang merangkumi pelbagai aspek antaranya;

  • Pengurusantunaidankeberhutangan (liquidity and debt management);
  • Pengurusanrisiko (risk management);
  • Pelaburan (investment);
  • Pengurusancukaidan zakat (tax and zakat planning);
  • Perancanganpersaraan (retirement planning)dan
  • Pengurusanhartapusaka (estate management).

 

Peserta yang terlibat dalam membentangkan kertas kerja ini termasulah, wakil kerajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), serta syarikat persendirian dan entiti besar yang menjadi perunding dan penyedia latihan seperti MFPC, Hijrah Wealth Management, Afiq Training & Advisory, Banyan Tree Money Academy, Standard Financial Planner Sdn. Bhd., serta Alfalah Consulting. Dengan adanya penganjuran bengkel ini diharapkan ianya menjadi satu platform kepada pihak yang terlibat agar menjadi peneraju program pengurusan kewangan khususnya sektor awam.

 

Dilaporkan oleh,

 Normaliza Abu Zahar

 Pembantu Tadbir

 Insitut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam

 

 

 

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah Edisi Khas

USIM  9-10 & 24 April 2012  – Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI) telah menganjurkan  satu Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah Edisi Khas yang bertemakan ‘Research In Contemporary Islamic Finance and Islamic Wealth Management’. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Latihan, Dataran Selera,USIM.  Penceramah jemputan khas  untuk bengkel ini ialah Prof. Dr. Hj. Kamaruzzaman Jusoff yang merupakan pensyarah di Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penganjuran ’Bengkel Penulisan dan Penerbitan Makalah Edisi Khas’-` Research in contemporary muamalat and Islamic wealth management’’ ini merupakan salah satu usaha untuk menjustifikasikan segala penyelidikan yang berkisar dalam isu pengurusan harta Islam dan kewangan Islam samada yang telah dilakukan ataupun sedang dilakukan di USIM untuk dikumpulkan dan diterbitkan dalam satu edisi khas. Ia akan menjadi satu sandaran kredibiliti IFWMI dalam meneraju isu-isu semasa yang berkaitan dalam bidang ini.

Bengkel ini dianjurkan dengan harapan memenuhi objektif-objektif seperti mempelajari teknik-teknik penulisan dan penerbitan makalah edisi khas dalam jurnal-jurnal akademik, Meningkatkan bilangan penerbitan makalah penyelidikan dalam bidang pengurusan harta dan kewangan Islam dari IFWMI dan penyelidik USIM dari jawhar ’Islamic wealth management’ dalam jurnal berimpak tinggi, memperkenalkan dan mengukuhkan peranan IFWMI dalam alliran semasa  penyelidikan dalam bidang pengurusan harta dan kewangan Islam di USIM di peringkat Malaysia dan Antarabangsa melalui penerbitan berimpak tinggi, Memobilisasi penyelidik-penyelidik dalam jawhar ’islamic Wealth Management’ untuk menulis dalam bidang ini dalam konteks multi-disiplin dan mewujudkan jaringan kerjasama di antara pusat-pusat kecemerlangan di USIM dalam menghasilkan penyelidikan halal yang berdaya saing dan berprestij tinggi.

 

Bengkel Retreat dan Teambuilding CoE USIM 2012

 

Cherating 12-14 Mei 2012 – Pusat-Pusat Kecemerlangan USIM telah mengadakan Bengkel Retreat dam Teambuilding 2012 di Suria Cherating Beach Resort , Pahang selama tiga hari dua Malam.  Seramai 26 orang telah menyertai program ini.

Objektif Program Retreat ini adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada para peserta mengenai penubuhan dan fungsi setiap Pusat Kecemerlangan serta peranan semua individu di dalami oleh setiap stafnya .

Selain itu, dapat bertukar pandangan dan idea bernas sesama kakitangan Pusat-pusat Kecemerlangan berkaitan hal ehwal pentadbiran Pejabat. Di samping itu , Retreat ini digabungkan bersama Hari   Keluarga bagi mengeratkan silaturahim di antara Kumpulan Profesional dan Sokongan bagi mewujudkan Persekitaran budaya kerja yang sihat.        

 

 

 

 

 

 

 

Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6442 / 6307  Faks: +606-798 6441