PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 5

Di dalam siri 4, saya ada menceritakan tentang perbincangan tentang isu samada kita perlu untuk menyediakan segalanya untuk anak-anak kita. Dalam perbincangan kumpulan whatsApp alumni Smap Labu, topik di bahas oleh beberapa rakan saya yang merupakan seorang Dr. perubatan, penterjemah profesional, ustaz, usahawan pengangkutan dan pegawai undang-undang. Semua perbincangan berkisar kepada topik menyediakan harta kepada anak-anak. Saya ulang-tayang apa yang di bincangkan mereka. Perbincangan adalah berasaskan kepada pendapat 2 orang wanita yang berjawatan tinggi di dalam sektor kerajaan yang tidak bersetuju untuk memanjakan anak dengan menyediakan harta kepada anak-anak mereka. Mereka mahu mereka berdikari dengan mencari sendiri dan mengalami keperitan mencari kehidupan.

Penterjemah Profesional: Mereka kata simpanan untuk pendidikan anak-anak adalah keperluan kerana kos pendidikan semakin meningkat dan kita mahukan yang terbaik berdasar kemampuan kita jika tidak dapat biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Tapi bukan untuk kehidupan selepas belajar. Mereka memang tidak setuju dengan kaedah beli rumah siap-siap untuk anak-anak nanti. Malah, mereka kata, pendekatan macam tu la yang buat anak-anak "naik lemak". Aku rasa pendekatan mereka tu macam keras tapi bila fikir-fikir balik, ada munasabahnya juga untuk jangka masa panjang. Apa pandangan kawan-kawan? Salah ke mencari harta untuk bekal anak-anak? Sebab bagi mereka, anak-anak yang dimanjakan tidak berusaha untuk dapatkan sendiri kemewahan tu. Betul ke kalau macam tu?                       

Peguam Syarie: Pandangan  aku sama dengan makcik-makcik tu. Tapi  dalam se-setengah hal perlu juga sedia untuk anak-anak. Kita mungkin berjaya sebab bersusah-payah dan berdikari. Tapi zaman sekarang, semua jenis perancangan macam tu untuk anak-anak.                       

Penterjemah Profesional: Ya. Fasal aku masih rasa, situasi tidak sama. Aku selalu dengar orang-orang yang berjaya dari bawah cakap, aku sendiri bekerja keras supaya anak-anak tidak perlu lalui semua yang telah aku tempuhi. Salah ke macam tu?  Adakah cara yang betul ialah dengan memastikan kitaran yang sama berulang? I got it the hard way, so should you?                       

Peguam Syarie: Mungkin kalau nak sediakan rumah tu macam terlebih sangat, memadai dengan simpanan untuk anak-anak. Mak-mak kita dulu simpan tanah banyak-banyak.

Penterjemah Profesional: Tapi jangan terkejut. Memang ramai yang rancang sampai ke situ. Ya, mereka pun ada sebut contoh tu.. itu pun mereka tidak setuju.. Kerana nanti akhirnya, anak-anak buat perabis sahaja. Mak ayah penat-penat kumpul duit beli tanah, dapat kat anak-anak, tidak diusahakan, nak ditambah jauh sekali, masing-masing pandai nak jual sahaja. Aku rasa contoh mereka tu tidak adil juga - macam banyak petik dari drama TV sahaja. Ada sahaja anak-anak yang usahakan tanah warisan dengan baik.

Usahawan Pengangkutan: Pada pandangan saya. Beri ilmu sahaja dan pastikan boleh mandiri. Dengan ilmu dan jati diri yang kuat, anak-anak boleh dapat apa yang mereka mahukan. InshaAllah                       

Peguam Syarie: Pendapat saya, ibubapa boleh nilai anak kita jenis yang macam mana. Jadi kena pandai buat keputusan nak simpan untuk anak-anak dari segi mana.                       

Dr Perubatan: Aku ada seorang rakan arkitek  yang dikurniakan 6 orang anak. Setiap kali beliau mendapat cahaya mata. Dia akan cari kerja/job yang kukuh. Bila dapat pendapatan banyak... rakan saya itu akan terus beli apartmen dalam 200-300k berdasarkan harga pada tahun 1998. Tujuannya jika beliau meninggal, setiap anak dapat sebuah rumah. Secara peribadi, kalau aku meninggal... Tiada ada harta yang banyak melainkan sebuah rumah untuk anak dan isteri berteduh, polisi insurans dan sekeping tanah. Itu sudah memadai dan yang penting anak-anak kena belajar tentang pengurusan kewangan. Kita bermasalah sebab ibu-bapa kita kurang arif mentadbir wang dan kita membawa perangai yang sama. Kalau kita boleh pecahkan kitaran, anak-anak kita akan boleh progresif. Aku nampak kepincangan aku dalam mentadbir duit selepas aku berhenti kerja makan gaji dengan kerajaan. Aku dapati bahawa aku banyak belanja untuk yang tidak perlu. Sudah 6 tahun aku ikat perut... Buat double and triple work untuk jelas hutang tapi anak isteri susah nak memahami.                       

Penterjemah Profesional: Ini pun masalah aku, doc.. haihh..

Peguam Syarie: Aku rasa semua ada masalah bab pengurusan duit ni                       

Dr Perubatan: Betul sebab kita tidak diajar. Kita belajar the hard way...Terantuk... lebam berdarah.. baru berhenti. 

Penterjemah Profesional: tu la.. kalau ikut makcik-makcik tu, yang terbaik tu ialah dengan bagi mereka peluang berusaha sendiri dari bawah.. aku pula rasa yang terbaik ialah dengan menyediakan setakat kemampuan untuk bekalan mereka.                       

Dr Perubatan: Lain orang, lain cara. 1% sahaja rakyat Malaysia menabung. Benar. Aku sendiri menabung pun selepas kepala terantuk. Itu pun tidak banyak. 5% sahaja daripada pendapatan bulanan.                                                

Penterjemah Profesional: Akhirnya, tiada kesimpulan daripada perbincangan kami hari tu. Ya memang aku nampak hujah-hujah mereka tu dan memang munasabah dari satu segi. Saya faham yang keras tu bukan nak menghukum anak dan sengaja nak mereka rasai kesukaran hidup. Tetapi yang nak menyediakan bekal pun bukanlah supaya anak jadi malas berusaha. Saya yakin ada jalan tengah yang boleh kita jadikan panduan.

Pegawai Undang-Undang: Maaf aku nak komen sikit tentang topik ni, baru sekarang dapat peluang nak bersuara. Sebahagian aku setuju dengan pendapat mereka, anak-anak perlu tahu erti kesusahan dan perlu diajar bagaimana susah nak hidup. Secara tidak langsung aku juga setuju dengan Peguam Syarie yang kita kena sedia untuk masa depan anak-anak...Penterjemah Professional juga ada pandangan yang bernas yang mana kita tidak mahu anak-anak melalui kesukaran seperti mana yang kita lalui... pendapat Usahawan Pengangkutan harus di ambil kira bahawa anak-anak perlu di beri ilmu yang secukupnya. InsyaAllah dengan ilmu dan jati diri yang kuat, anak-anak akan dapat apa yang mereka mahukan. Kita perlu tekankan betapa pentingnya ilmu. Masa kecil dahulu, ibuku mengajar bahawa ilmu tu penting, dia la yang piat telinga aku ni untuk pastikan aku belajar, dalam masa yang sama, aku belajar akan erti kesusahan ibu bapa untuk membesarkan dan memberi pelajaran, jadi sekarang aku tidak nak anak-anak aku mengalami kesusahan yang aku alami semasa aku belajar dulu, banyak benda yang aku terpaksa catu semasa belajar dulu. Nasi lemak yang dibeli masa pagi, dimakan separuh sahaja, lepas tu tengah hari sambung makan lagi separuh. Masa di universiti aku dan rakan-rakan makan nasi dalam dulang, sebab nak berjimat. Alhamdulillah, sekarang dapat menolong keluarga, namun yang menyedihkan ialah bila ibu-bapaku terlalu memanjakan adik-adik dengan kemewahan. Hampir kesemua kehendak mereka ditunaikan hingga mereka abaikan pelajaran. Sebab tu aku sokong sebahagian cara makcik-makcik tu                       

Ustaz: Ada sedikit pandangan aku, bukan orang ekonomi...bagi aku, aku setuju dengan  2 perempuan tu. Namun kalau aku memang senang dapat duit dan banyak duit, aku akan belikan apa-apa sahaja kemudahan untuk anak anak (syarat duit banyaklah) terutama untuk pendidikan. Cuma kalau belikan sebuah rumah, mungkin tidak perlu, terutama kalau kepada anak perempuan. Ini untuk mengelakkan anak-anaknya dari berasa tidak puas hati sebab rumah mereka lain-lain harga, lokasi dan bentuk. Memang sukar kita untuk berlaku adil dengan anak-anak sebab masing-masing ada ciri-ciri tersendiri, yang menyebabkan kita kalah dengan mereka. Malah dalam Al-Quran ada disebutkan yang anak-anak Nabi Yaakub terasa hati dengan beliau. Apatah lagi kita. Yang boleh pun cuba seadil-adilnya tetapi agak sukar kalau kita mempunyai anak yang ramai.

Penterjemah Profesional: Apa pandangan ustaz kalau ibu bapa cari harta untuk bekal anak-anak?                       

Ustaz: Bagi ilmu dunia dan akhirat. Ibu atau bapa mesti ceritakan kesusahan mereka, datuk dan nenek mereka dahulu cari ilmu, duit. Sesekali kena tahan keinginan mereka sambil ajar kenapa. Yang paling penting jika anak-anak kita adalah anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah semua akan jadi mudah. Pada siri akan datang saya akan mengupas adakah kita perlu mempunyai pendapatan yang besar?

BERSAMBUNG SIRI 6

DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Pengarah, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800

Negeri Sembilan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 4

PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 4

 

Di dalam siri 3, saya ada mengatakan bahawa, perancangan dan pengurusan kewangan adalah penting untuk masa depan kita.  Simpanan perlu kita buat walaupun sedikit dan untuk menjadikannya suatu tabiat bukan lah suatu yang mudah kerana kita semua suka berbelanja.  Malah ada yang berbelanja lebih dari kemampuan walaupun kita pernah melalui zaman ekonomi yang tidak memberangsangkan. Ada diantara kita pernah melalui zaman ekonomi gawat pada tahun 1998 dimana krisis matawang melanda negara kita dan beberapa negara jiran. Ada juga yang berkesempatan untuk melalui kegawatan ekonomi pada tahun 2007 hingga 2010 dimana negara Amerika Syarikat mengalami krisis subprima.

 

Impaknya dapat dirasai oleh ekonomi global, bermula dengan krisis industri hartanah dan perbankan di Amerika yang terlalu  mudah untuk memberikan pembiayaan tanpa mengenalpasti keupayaan untuk pembayaran balik pembeli hartanah. Pinjaman-pinjaman hartanah tersebut telah dijual di pasaran sekunder sekuriti dimana cagaran aset-aset hartanah yang tidak berkualiti menjadi sandaran.  Apabila krisis hartanah berlaku (housing bubble) di Amerika, ramai pembeli hartanah tidak dapat membayar balik pinjaman dan menyebabkan aset-aset yang dicagar ini menjadi aset yang tidak berkualiti dan memberi impak yang besar kepada ekonomi Amerika dan global secara amnya.

 

Apa yang dapat kita ambil iktibar disini ialah kitaran ekonomi berlaku seperti yang telah di terangkan oleh Nabi Yusof  iaitu ada tujuh tahun ekonomi akan berkembang dan tujuh tahun ekonomi akan meleset disebabkan kemarau. Nabi Yusof sebagai menteri kewangan negeri Mesir menyarankan agar simpanan dilakukan untuk menghadapi masa ekonomi tidak menentu. Berbalik kepada masa sekarang, apa yang patut kita lakukan untuk menghadapi kitaran ekonomi yang seterusnya?

 

Saya pernah memerhatikan perbincangan rakan-rakan dalam group whassap alumni SMAP Labu tentang adakah kita perlu menyimpan dan menyediakan kemudahan kepada anak-anak kita, seperti menyediakan rumah untuk mereka diami demi mengharungi masa depan yang mencabar. Perbincangan ini timbul apabila salah seorang dari rakan saya bermesyuarat dengan 2 orang pekerja kerajaan yang berjawatan tinggi tentang urusan kerja. Kedua-dua mereka adalah wanita yang berpengalaman. Sejurus selesai bermesyuarat tentang urusan kerja, perbincangan tentang urusan anak-anak menjadi topik hangat.

Pada asal salah seorang dari wanita tersebut berbicara tentang ekonomi semasa dimana beliau menyatakan bahawa kita mungkin akan mengalami defisit berkembar pada masa akan datang. Rakan saya mencelah bersetuju dan menyatakan beliau dan isteri bekerja berhempas pulas untuk meninggalkan harta kepada anak-anak. Penyataan rakan saya itu disangkal oleh kedua-dua wanita tersebut dengan menyatakan tindakan ibu-bapa yang menyediakan harta untuk anak-anak menyebabkan mereka menjadi terlalu manja dan akhirnya menjadi tidak berdaya saing. Rakan saya cuba untuk memberi penjelasan akan tindakannya adalah bertujuan untuk mengelakkan anak-anaknya dari megalami keperitan dan kesukaran beliau bersama isteri untuk membangunkan ekonomi keluarga.  Sekurang-kurangnya beliau dapat memberikan anak-anak bekalan untuk memulakan kehidupan.

Rakan wanita tersebut pula mencelah “Biarlah diorang alami kesukaran tu.. kenapa you nak make it any easier? Itulah yang nanti akan mengajar mereka tentang kehidupan”.  Rakan saya membalas dengan mengatakan bahawa situasi yang di alami oleh mereka dan anak-anak adalah tidak sama. Tambah beliau “Dulu kita boleh mendapatkan pekerjaan berdasarkan kelayakan akademik walaupun kita hanya memiliki diploma. Sekarang persaingan amat tinggi, situasi sudah berbeza”. Kedua-dua wanita tersebut masih tidak dapat bersetuju dengan memberikan jawapan agar generasi sekarang untuk bekerja dengan lebih kuat disebabkan situasi dulu dan sekarang berbeza. Malah mereka tidak bersetuju dengan tindakan ibu-bapa yang membeli kenderaan untuk anak-anak yang baru memulai alam pekerjaan. Tindakan ini amat memanjakan anak-anak, mereka patut mempelajari kehidupan dengan merasai kesusahan. “Kalau perlu naik bas, naik la bas.. kenapa ibu bapa nak kena fikir sampaikan macam mana anak nak pergi kerja?

 

Kedua-dua wanita itu menyatakan bahawa, apa yang mereka dapat pada masa sekarang adalah hasil dari mengharungi kesusahan pada masa dahulu. Ini adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli dimana untuk memastikan kita boleh menikmati kehidupan sekarang. Adalah amat mrugikan jika peluang untuk mempelajari kesusahan untuk mencari rezeki yang halal kita rompak dari anak-anak kita. Rakan saya bertanya pula, “bagaimana pula tentang simpanan untuk pelajaran, adakah kita perlu untuk menyediakan untuk mereka? Di dalam hal ini mereka bersetuju pula kerana menyimpan untuk pendidikan anak-anak amat openting kerana kos untuk mendapat pendidikan semakin tinggi. Kita mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anak kita dan kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pinjaman atau biasis wa pendidikan sahaja kerana persaingan semakin tinggi. Secara khususnya mereka hanya tidak bersetuju jika anak-anak diberikan rumah untuk mereka diami tetapi bersetuju jika kita menabung untuk pendidikan mereka. Persoalan rakan saya yang diutarakan di dalam kumpulan whassap kami ialah adakah salah jika kita mencari harta untuk persediaan anak-anak?  Perbincangan rakan-rakan saya akan disambung pada siri ke 5.

 

BERSAMBUNG SIRI 5

DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Pengarah, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800

Negeri Sembilan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 3

PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 3

Di dalam siri 2, saya ada mengatakan bahawa, angan-angan adalah penting bagi kita untuk terus maju kedepan tetapi angan-angan kosong tidak akan membawa kita ke mana mana dan saya juga ada memberikan suatu kisah di dalam Al Quran tentang kemahiran Nabi Yusof di dalam merancang dan mengurus perbendaharaan negeri Mesir. Kemahiran Nabi Yusof untuk menafsir mimpi Raja Mesir pada waktu itu berkenaan kitaran ekonomi adalah menunjukkan kepentingan untuk kita memahami tentang ekonomi secara dasarnya dan pengurusan kewangan secara khususnya.

 

Pengurusan kewangan adalah suatu subjek yang luas, maka apa perlu kita buat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang baik? Apa yang saya kita perlu mulakan untuk pengurusan kewangan adalah tabiat menyimpan. Menyimpan ni memang susah untuk di jadikan tabiat, yang mudahnya ialah untuk berbelanja.  Malah kita boleh masih berbelanja walaupun kita tidak mempunyai apa-apa wang lagi.  Perbelanjaan defisit ini perlu ditampung.  Bagaimana perbelanjaan melebihi pendapatan itu ditampung dengan menggunakan kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman along dan sebagainya. Malah saya ada berjumpa dengan sekumpulan pekerja syarikat pinjaman wang berlesen kerana mereka mencari rumah sewa yang diiklan oleh saya. Mereka menyatakan bahawa ramai peminjam adalah dari golongan pekerja kerajaan.  Ini amat memeranjatkan saya malah kakitangan di universiti saya bekerja juga ada disebutkan sebagai peminjam. Bab pinjam meminjam ini akan saya kupas pada siri yang setrusnya. 

 

Jika ia berterusan setiap bulan, apakah natijahnya jika kita terus berbelanja melebihi dari kemampuan. Ada rakan saya mengatakan dengan saya, subjek yang saya bincangkan ini terlalu serius. Bagi saya ianya tidaklah serius cuma apabila persoalan-persoalan yang saya kemukakan adalah bersifat peribadi dan memaksa untuk kita berfikir dan menganalisa diri sendiri.  Kebanyakan kita mahu mengelakkan diri kita dari mengetahui kedudukan semasa kewangan kita. Kita juga mahu mengelak dari mengetahui bahawa punca masalah kewangan kita adalah berpunca daripada tabiat kita sendiri dan bukannya oleh faktor luaran yang sering kita jadikan kambing hitam. Kita akan mencari alasan-alasan seperti harga minya naik, harga ikan kembung mahal dan sebagainya untuk terus berada di dalam kemelut kewangan. 

 

Memang tidak dinafikan kos kehidupan semakin meningkat dan memberi kesan kepada kenaikan perbelanjaan kita, walaubagaimanapun kita perlu menghadapi kemelestan ekonomi sebagaimana Nabi Yusof menghadapi kemarau panjang.  Perancangan beliau untuk hanya menggunakan sedikit dari tuaian semasa ekonomi baik dan menyimpan sebahagian besar untuk semasa kemarau melanda. 

 

Kemahiran Nabi Yusof didalam mengatur strategi kewangan Mesir ini adalah amat baik untuk diambil pengajaran. Pada waktu kemarau melanda, negari Mesir mempunyai stok makanan yang mencukupi malah menjadi pusat makanan bagi negeri-negeri yang berjiranan.

 

Berdasarkan kepada pengalaman saya mengendalikan kursus asas keusahawanan siswa (KAKS) untuk bakal usahawan dan juga pelajar dari universiti IPTA, hanya 1% peratus sahaja peserta kursus yang menabung. 99% peserta kursus tidak menabung walau sesen pun dari pendapatan mereka samada dari keluarga atau biasiswa atau pinjaman dari organisasi seperti MARA, PTPTN dan lain-lain. Keadaan ini menunjukkan ramai pelajar yang tidak menabung malah mempunyai perbelanjaan yang lebih besar dari pendapatan mereka.

 

Jika ini berlaku semasa mereka menuntut, kita pasti boleh mengagak sama ada mereka akan menabung semasa mereka di alam pekerjaan nanti jika mereka berterusan tidak menjadikan tabiat menabung sebagai suatu kemestian. Malah, saya juga banyak berjumpa dengan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang telah lama menceburi bidang peniagaan tetapi tidak mempunyai simpanan atau tidak mempunyai kaedah menyimpan yang tetap. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan perniagaan dengan teratur malah ramai di kalangan mereka yang telah menutup perniagaan disebabkan gagal untuk mengawal kewangan perniagaan dan kewangan sendiri.

 

Ramai yang kecundang semasa kegawatan ekonomi dan jika diperhatikan, ekonomi akan sentiasa ada turun naiknya seperti yang telah dijelaskan di dalam kisah Nabi Yusof. Justeru itu, kegagalan usahawan-usahawan, peniaga-peniaga di dalam menyiapkan perniagaan mereka dengan simpanan untuk menghadapi kegawatan ekonomi menyebabkan mereka terkeluar dari industri. Malah semasa saya bekerja dengan sebuah bank pembangunan di ibu kota pada awal tahun 2000 di Jabatan Pemulihan Projek menyaksikan rata-rata kegagalan usahawan Melayu adalah disebabkan oleh kegagalan mereka di dalam mengurus kewangan syarikat dan kewangan mereka sendiri. Pada siri akan datang saya akan membincangkan tentang kitaran ekonomi.

BERSAMBUNG SIRI 4

DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Pengarah, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800

Negeri Sembilan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 2

PERANCANGAN KEWANGAN NAQLI DAN AQLI SIRI 2

Di dalam siri 1, saya ada mengatakan bahawa, kita perlu mempunyai minda jutawan untuk kita menjadi jutawan. Persoalan mengapa anda perlu kaya, tidak perlu dibincangkan dengan terperinci di sini. Memadai sahaja dengan sebab untuk kita mudah untuk mengerjakan ibadah dan juga mudah untuk kita membantu orang disekeliling kita seperti ibu-bapa, keluarga, saudara, jiran dan masyarakat secara amnya. Pada siri kali ini, saya ingin membicarakan tentang angan-angan atau terma yang di gunapakai di dalam konteks akademik dan industri perniagaan sebagai visi atau cita-cita anda. Apa cita-cita anda?

Pernahkah anda mendengar atau membaca buku tentang angan-angan Mat Jenin? Apa itu angan-angan Mat Jenin? Siapa Mat Jenin? Mat Jenin adalah suatu karekter seorang lelaki yang hanya berangan untuk menjadi kaya tanpa mahu berusaha.  Beliau sering dimarahi oleh isterinya kerana sikap malas Mat Jenin untuk bekerja. Adakah anda sama dengan Mat Jenin? Pernahkah anda berangan-angan?  Adakah dengan berangan kita tidak akan kemana seperti Mat Jenin? Saya sering berangan, adakah saya pun seperti Mat Jenin?

Angan-angan adalah suatu yang amat diperlukan jika anda mahukan mencapai sesuatu atau mendapatkan kekayaan. Walaubagaimanapun angan-angan sahaja tanpa usaha untuk mencapainya selalunya tidak akan membawa kita kemana. Mungkin kita tidak akan bertuah seperti orang lain yang mewarisi harta faraid daripada peninggalan pusaka keturunan yang melimpah ruah. Maka untuk berangan-angan sahaja, mungkin tidak dapat melonjak kita menjadi jutawan. Malah angan-angan tanpa sebarang usaha sebenarnya akan menjadikan kita orang yang malas yang hanya berharap sesuatu akan berlaku tanpa kita sendiri mahu melakukannya.

Saya ada seorang yang saya kenali tidak mahu berusaha atau bekerja bersungguh-sungguh dan hanya bergantung harap dengan duit ibu dan ayah, walaupun umur telah meningkat hampir ke 4-series. Beliau telah dibelikan kereta, motor, dan pelbagai kemewahan hingga beliau gagal untuk berdikari sehingga ke saat ini, masih bergantung harap dengan duit belanja dari ibu dan bapa.  Saya telah banyak kali menasihati beliau untuk keluar dari zon selesa dan di sebalik mengharapkan ehsan duit bulanan dari ibu dan ayah, beliau pula yang menyara kedua ibu dan ayahnya yang merupakan bekas penjawat awam sahaja. Malah ia menjadi kewajiban kepada kenalan saya untuk menyediakan keperluan ibu dan ayahnya menurut kemampuannya.  Jadi angan-angan sahaja tanpa usaha tidak akan membantu kita, malah akan merosakkan masa hadapan kita tidak seperti yang kita angan-angankan.

 

Walaubagaimanapun angan-angan perlu ada bagi setiap jutawan kerana dengan angan-anganlah kita boleh maju kehadapan. Kita semua mempunyai keperluan dan kehendak yang perlu kita penuhi dan semua itu datangnya dari angan-angan atau nafsu. Jika kita tidak mempunyai angan-angan maka kita akan berasa selesa dan tidak akan mengubah hidup kita kepada yang lebih baik. Secara amnya kita mempunyai nafsu kepada wanita atau lelaki, anak-anak, harta yang melimpah ruah daripada wang, kenderaan yang selesa dan berjenama, binatang ternakan dan juga tanam-tanaman (Rujuk Surah Al Imran ayat 14).

 

Kesemua itu menjadi perhiasan bagi kita dan kita perlu memenuhi tuntutan nafsu itu tetapi mestilah dibatasi oleh tuntuan shariah agar kita berjaya di dunia dan akhirat. Jika kita tidak mempunyai angan-angan atau nafsu, maka ianya adalah perumpamaan malaikat yang hanya melakukan perkara yang ditugaskan kepada mereka. Jika mereka diperintah oleh Allah swt untuk bertasbih, maka mereka akan bertasbih sahaja. Justeru itu mereka tidak mempunyai nafsu untuk makan, minum, melakukan seks dan lain lain melainkan bertasbih, sujud atau menjalankan perintah Allah sahaja. Kita sebaliknya mempunyai nafsu yang membolehkan kita untuk berkembang di dalam tamadun, ekonomi dan sebagainya.

 

Sebaliknya jika kita hanya menurut tuntunan nafsu, maka kita tidak ubah seperti binatang sahaja yang tidak mempunyai nilai keagamaan, etika dan moral.Apa akan berlaku jika kita hanya menurut nafsu tanpa batasan? Apa akan terjadi kepada dunia ini jika semua kita hanya bertuhankan nafsu?  Apa yang kita akan buat jika kita menurut nafsu sahaja?Adakah itu yang kita mahukan?  Adakah itu yang kita mahu saksikan berlaku dalam masyarakat kita? 

 

Apa yang saya hendak tekankan disini ialah, kita perlu kepada angan-angan, kita perlu kepada nafsu, kita perlu kepada usaha untuk mencapainya tetapi kita perlu juga batasan di dalam kita mengejar angan-angan kita.  Ini adalah berkaitan dengan pandangan kita tentang realiti kehidupan kita.  Adakah kita hanya hidup di dunia ini sahaja?  Adakah kita percaya bahawa kehidupan di dunia ini hanya suatu persinggahan ke alam yang kekal abadi?  Adakah apabila kita mengaitkan persoalan kehidupan selepas kematian akan mengubah pandangan kita terhadap bagaimana kita melihat realiti kehidupan kita? Justeru itu, adalah amat penting di dalam mengejar kekayaan di dunia ini kita perlu memahami tujuan kita di ciptakan di dunia ini dahulu. Kita perlu memahami konsep pemilikan harta di dalam Islam.  Siapakah pemilik harta yang kita pegang ketika ini?  Adakah harta itu milik anda sepenuhnya. Siapa pemilik mutlak harta tersebut? 

 

Di dalam konteks kita pada masa kini, kita perlu bebas kewangan dan perlu menguasai ekonomi untuk berkembang. Petua utama untuk menjadi bebas kewangan dan kaya adalah dengan membuat simpanan dahulu. Ini adalah asas kepada perkembangan kewangan kita. Malah ianya juga telah di praktikkan oleh Nabi Yusof semasa menafsir mimpi Raja Mesir pada ketika itu. Malah peristiwa ini di semadikan di dalam kitab suci Al Quran dalm Surah Yusof ayat 46 hingga 49. Di dalam peristiwa ini, Nabi Yusof ditanya tentang mimpi dimana 7 sapi kurus memakan 7 sapi yang gemuk. Disini Nabi Yusof telah menafsir mimpi tersebut dengan mengatakan akan datang 7 tahun yang subur dimana hasil tanaman dan tuaian adalah amat banyak. 

 

Beliau memerintahkan agar hasil tuaian sedikit sahaja dimakan dan selebihnya di simpan. Selepas itu akan datang 7 tahun kemarau yang panjang dimana akan menyebabkan banyak tanaman tidak menjadi. Walaubagaimanapun, negeri Mesir dapat melalui kemarau panjang itu kerana simpanan yang telah dibuat dahulu.  Malah negeri Mesir menjadi tumpuan bagi negeri-negeri di sekitarnya untuk mendapatkan bekalan makanan. Di sini dapatlah kita pelajari bahawa menyimpan itu adalah suatu tindakan yang perlu untuk menghadapi masa-masa susah akan datang dan telah di praktikkan oleh Nabi Yusof yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Mesir oleh Raja Mesir pada ketika itu. .

 

BERSAMBUNG SIRI 3

DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Pengarah, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800

Negeri Sembilan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Perancangan Kewangan Siri 1

PERANCANGAN KEWANGAN SIRI 1

 

Artikel- artkel yang bakal anda baca ini akan merubah cara hidup anda pada masa hadapan kerana dengan membaca dan mengamalkan apa yang disarankan, anda akan dapat membezakan cara dan strategi kewangan anda dari yang kebiasaan yang diamalkan orang di dalam dunia ini.

Perbezaan utama ialah dari segi bagaimana untuk merancang, membuat strategi dan juga untuk mengambil tindakan di atas kestabilan dan pertumbuhan kewangan anda. Ramai yang mempercayai jika seseorang itu belajar di menara gading di dalam bidang perniagaan, perakaunan atau kewangan, secara automatik mereka akan mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai pengetahuan untuk mengurus kewangan.

Walaubagaimanapun pernyataan ini menyimpang dari realiti sebenar kerana jika kita lihat bekas graduan pelajar universiti di dalam bidang ini pun akan mempunyai masalah kewangan seperti mana graduan-graduan pelajar di dalam bidang lain juga.

Secara amnya, ramai graduan yang telah bekerja akan mempunyai baki tunai di bank sebanyak RM100 pada tiap akhir bulan. Malah ada juga yang telah kehabisan gaji bulanan pada pertengahan bulan iaitu diantara 15 hingga 25 haribulan tiap-tiap bulan.

Persoalannya, mengapakah graduan dari bidang kewangan, perakaunan, dan perniagaan yang telah mendalami ilmu bidang kewangan selama 4 ke 5 tahun di universiti masih mempunyai masalah kewangan seperti kebanyakan orang lain.

Adakah subjek-subjek yang berteraskan kewangan di universiti tidak mencukupi atau adakah pelajar tidak dapat memahami apa yang mereka pelajari? Jika diteliti secara mendalam, kebanyakan subjek yang ditawarkan di universiti menjurus kepada bagaimana pelajar hendak menguruskan kewangan syarikat atau pelabur.

Pelajar jurusan Akaun akan menjadi pakar di dalam merekod dan melapor akaun syarikat, pelajar jurusan Kewangan pula akan menjadi pakar analisa kewangan untuk melaburkan wang pelabur manakala pelajar jurusan Perniagaan akan menjadi pakar untuk mengurus perjalanan syarikat seterusnya meningkatkan keuntungan kepada syarikat.

Pelajar-pelajar menjadi terlalu pakar di dalam menguruskan kewangan individu lain dan syarikat sehingga mereka terlupa bahawa kewangan peribadi juga perlu diurus secara bijak untuk menjamin mereka tidak dilanda jerat beban kewangan yang akan menjadikan mereka hamba sehingga mereka tua.

Justeru itu penulis, ingin membuka minda pembaca semua untuk bersama-sama mencapai tahap kewangan bebas yang mana kita tidak terjerat dengan beban hutang atau dengan singkatnya menjadi MINDA jutawan. Berbagai persoalan akan terbentuk di benak anda, apakah dengan mempunyai minda jutawan kita akan dapat keluar dari jerat beban kewangan dan mencapai kewangan bebas? Jawapannya mudah iaitu YA. Ini adalah kerana dengan memprogramkan minda kita, kita akan menjadi lebih fokus untuk mencapai sesuatu yang telah kita tetapkan.

Jika anda membaca buku “Think and Grow Rich” oleh Napolean Hill yang telah menemuramah seramai 500 orang jutawan di dalam zamannya, maka anda akan mendapati bahawa kesemua jutawan yang ditemuramahnya memulakan pagi mereka dengan teknik berfikir untuk mencapai kejayaan. Si jutawan berfikir pada setiap pagi untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Teknik atau amalan yang digunakan oleh jutawan-jutawan itu sebenarnya adalah teknik yang selalu diamalkan oleh kita. Amalan yang dimaksudkan ialah berdoa selepas solat pada waktu subuh.

Berdoa dapat memusatkan seluruh tenaga dan tindakan kita untuk mencapai sesuatu matlamat pada hari tersebut. Berdoa selepas subuh sebagai contohnya dapat memprogramkan minda kita supaya lebih fokus untuk mencapai matlamat kita dan jika kita berdoa secara berterusan atau istiqomah maka insya-Allah kita akan dapat mencapai matlamat kita ini.

Jadi jika kita sentiasa berdoa pada setiap waktu solat maka kita akan fokus terhadap apa yang kita mahukan pada setiap hari untuk kita mencapai matlamat yang lebih besar seperti menjadi jutawan mukmin yang beriman di dalam tempoh 5 tahun dan sebagainya.

Persoalannya, mengapa anda perlu menjadi jutawan tidak perlu disenaraikan di sini, cukup sahaja dengan membuka peluang kepada kita untuk memudahkan kita menjalankan ibadah dan mengeluarkan zakat.

 

BERSAMBUNG SIRI 2

Jika anda mahu menjadi felo bersekutu IFWMI sila daftar menggunakan link dibawah

https://goo.gl/forms/V9ak9i9LdMKuEp5l1

 

DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Pengarah, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)

Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai 71800

Negeri Sembilan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

CALL FOR PAPERS: IV INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES, SCIENCES, SOCIAL SCIENCES AND TECHNOLOGIES.

IV INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES, SCIENCES, SOCIAL SCIENCES AND TECHNOLOGIES (ICHSST 2017)

 

ICHSST 2017 will be organised at Leeds, United Kingdom. Researchers are encouraged to submit high quality research papers in this conference. 

 

BACKGROUND

This conference is initiated by the collective effort by ISLAMIC FINANCE AND WEALTH MANAGEMENT INSTITUTE (IFWMI), USIM and the Malaysian Postgraduate Association for UK and Eire. This is the fourth annual conference. The main purpose is to promote academic excellence in the global setting. The conference can become a platform to discuss matters pertaining humainities, science, social sciences, technologies. Therefore, it is expected that the conference would include many aspects of scientific research.

 

MAIN ORGANISERS

THE MINISTRY OF HIGHER EDUCATION MALAYSIA

EDUCATION MALAYSIA OF UNITED KINGDOM AND EIRE

MALAYSIAN POSTGRADUATE ASSOCIATION FOR UK AND EIRE (MPA UKEIRE)

ISLAMIC FINANCE AND WEALTH MANAGEMENT INSTITUTE (IFWMI), USIM

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

CONFERENCE OBJECTIVES

The objectives of the conference are:

  1. To provide an opportunity to the participants to receive opinions and criticisms on their research work from field experts and colleagues.
  2.  To introduce research and expertise onto the international level, and to provide potential collaborating opportunities internationally.
  3. To provide experience for participants presenting their research studies in an international level conference.
  4.  To provide participants opportunities to learn and share knowledge and experience from various postgraduates and other researchers internationally.

 

CONFERENCE DETAILS

PROPOSED DATE AND VENUE

                Date:     24-27 November 2017

                Venue: Leeds, United Kingdom

IMPORTANT DATES :

Extended Abstract and full paper submission

Sept 1st, 2017

Acceptance Notification

October 1st, 2017

Payment Due

November 1st, 2017

Conference Day

November 24th – 27 2017

The main targets of participants for this conference are:

i).  Malaysian postgraduate students who are currently studying in the United Kingdom, Ireland and Europe from various different research backgrounds.

ii)  Other postgraduates students from Malaysia and other countries.

iii) Researchers and scientists from Commonwealth countries and Europe.

iv) Global industry players

 

ORAL PRESENTATIONS

There will be three tracks for the conference

ICHSST 2017

i.  Humanities and Social Science

a)       Education

b)      Islamic Banking

c)       Islamic Finance

d)      Marketing of Islamic Financial Services

e)      Islamic Economics

f)        Islamic Accounting

g)       Management

h)      Banking

i)        Finance

j)        Marketing

k)       Economics

l)        Accounting

m)    Halal Industry

n)      Management

o)      Marketing

p)      Logistic and Supply Chain

q)      Consumer Behaviour

r)       Accounting

s)       Human Resource Management

t)        Social Networking

u)      Islamic Banking & Finance

v)       Law

 

ii. Science and Environment

a)       Medicine

b)      Pharmacy

c)       Environment

d)      Mathematics and Statistics

 

iii) Engineering and Technology

a)       Information Technology

b)      Technology and Manufacturing

c)       Technique and Vocational

d)      Computer Science

e)      Engineering

 And any other relevant topics.

 

REGISTRATION FEE:

Academician/Researchers /Professional

MYR 1200

 Student

MYR 600

Discount of 20% will be given to MPA members.

Website: http://ifwmi.usim.edu.my/aktiviti-2/72-ichsst 

Payment : Click Here

Payment Guideline : Click Here 

Paper submission page: Click Here

Please email the conference secretariat at  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  if you have any questions. 

 

Facebook ICHSST 2017 event page 

 

Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6442 / 6307  Faks: +606-798 6441